Thursday, October 29, 2009

Fruit tart

Okeh.. Resepi Fruit Tart pulak:

Pastry Base:

250g tepung Gandum
125g Butter
75g castor sugar
1 biji telur

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur. Ayak tepung. Masukkan dalam adunan. Uli sehingga sebati. (sampai tak lekat ditangan)
Simpan dalam plastik dan sejukkan dalam fridge at least 30 minit.

Bila sudah sejuk. Gelek adunan tersebut sehingga tebal lebih kurang 5cm. Masukkan dalam acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170c selama 15-20 minit.

Krim Pastry/kanstard:

1/2 liter susu segar suam (suam ye..bukan panas)
1 biji telur
1 biji kuning telur
100g castor sugar
Sedikit esen vanilla

25g tepung kastard
30g tepung jagung

Pukul telur, kuning telur, tepung kastard, tpg jagung, gula dan esen vanila sehingga sebati.
Masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau sehingga rata.
masak atas api perlahan dan sentiasa dikacau sehingga mendidih dan likat.

Kalau terlampau likat, masukkan sedikit air atau susu, sehingga adunan kelihatan seperti krim putar.
Jika terlampau cair, bancuh sedikit tepung kastard bersama sedikit air. Masukkan kedalam adunan krim pastry dan masak sehingga mendidih.

Masukkan krim pastry tersebut kedalam piping bag. Ketepikan.

Cairkan sedikit coklat menggunakan kaedah double boiler (kalau ada ganache lebih, guna ganache pon boleh)
Sapukan sedikit coklat tersebut kedalam pastry yang telah dibakar dan disejukkan tadi.
Paipkan Krim pastry kedalam hingga penuh.

Hiaskan dengan buah-buahan potong seperti, peach, kiwi dan strawberry.

Sila cuba. Gerenti sedap!!

Dotted Cheese Cake

Very simple yet delicous Cheese Cake Recipe.

Preheat oven at 160 c

For base : Refer to previous entry

For Filling :

500g cream cheese
140g castor sugar
3 eggs (A)
1/2 or 3/4 orange (squeeze to get the juice)
Choc chips

Methods:

Beat 500g cream cheese until soft and creamy. Add in castor sugar. Beat until creamy. Beat in eggs one by one.. Add in orange juice.

Pour into the cake tin with biscuit base at the bottom.

Decorate with choc chip on top of it.

Bake using bath method for 1 hour. Let it cool in the oven for a while. Then keep refrigerated for at least 4 hours.

p/s : Kalau boleh guna orange yang masam gila tuh supaya kurang sikit muak.

Tuesday, October 6, 2009

cupcakes...

1 1/2 cawan tepung
1 tsp baking powder
1/4 tsp garam
1/4 cawan fresh milk
1 tsp vanilla
1/2 cawan butter
1 cawan castor sugar
1 biji telur gred A
2 biji putih telur (gred A)

Panaskan oven 175 c.

Campurkan telur bersama vanilla esen. Ketepikan.

Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Ketepikan.

Pukul butter hingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan kembang dan ringan. Perlahankan mixer. Masukkan telur satu persatu.

Masukkan tepung berselang seli dengan susu sedikit demi sedikit sehingga habis.

Tuang adunan di dalam cups atau adunan. Bakar dalam oven 20-25 minit hingga masak.

note : kalau nak letak perisa lain pon boleh. Seperti gambar diatas cupcakes tersebut telah dimasukkan sedikit choc rice.