Wednesday, October 19, 2011

Resepi : Portugese egg tart



Super duper easy recipe!!

Pastry:

express puff pastry or rolled puff pastry.
Kalau nak buat sendiri silakan. Aku tak koser nak melipat2...

Kalau korang beli jenama kawan tu dia tebal sikit. So canai doh lebih kurang 5mm. Sebelum canai tu tabur tepung dulu kat papan pencanai tu kan takut melekat. Lepas tu gulung pastry tu. Lebih kurang sama mcm buat karipap pusing stepnya. Potong doh yang dah digulung tu lebih kurang 5 cm. Canai nipis dalam 5mm. Jangan tebal sangat nanti bila bakar dia kembang. Masukkan dalam muffin pan. Kalau rajin potong sis tepi dia kasik cantik. Tapi membazir la pulak sebab lebihan tu bukan boleh guna balik.


Filling:

3 biji telur kuning. 1/4 cup gula. 1/3 cup cream. 1/3 cup milk

Pukul sikit telur dan gula sampai hancur. Tak payah pukul beriya. Pukul bagi hancur sahaja. Masukka cream dan milk, kacau sebati. Tapis.

Masukkan filling dalam pastry tadi. Bakar dalam oven 180c selama 25 min. Bergantung kepada oven masing2.

No comments: