Wednesday, September 28, 2011

Order lapuk.

Maaf lama tak update. Maklumlah laptop rosak nak transfer gambar tak boleh. Ni pun gambar yang di email kan oleh cd owner.

1, New cake in the house. Peanut butter cake with peanut butter cream.


2. New!!! Cream puff. Ask for promotion price!!

***abaikan background bersepah ***salahkan Pahat!

3. Red Velvet swirl cupcake hanya ilot yang mampu...***larikkkk!!



4. Macaron

5. Kek besarrrrr punya!!

Chocolate cake with chocolate icing untuk majlis hari raya UMNO.

ada lagi tapi tak sempat transfer. Tunggu yah!

Thursday, September 15, 2011

American Choc cake maniac!



From top : Order hari khamis. 4 bottles of choc chip (ada lagi order tak sempat siapkan), 3 tat gulung, 9' american choc cake, 11' american choc cake.

tengah : 11' america choc cake decorated with fondant.
Sebenarnya aku gatal tangan decorate. Padahal customer mintak kek salut choc ganache dan tulis selamat hari raya.

bawah : kek saja bawak untuk jamuan hari raya opis.

I have another 100 macaron to bake. Semalam dah doa2 hari ni jangan la hujan. Kalau hujan musnahlah harapan.

Saturday, September 10, 2011

Giant cake!




Yeah, this is the biggest cake i ever made out of 10 kilo butter!

tu pun butter tak cukup sebenarnya untuk frosting cake sbb I'm using 100% butter for the icing without having to add krimwell.

Dah tak cukup butter Anchor, aku tambah Butter chap bintang (SCS-murah dekat 99 mart, sila beli)

Icing sugar jangan citer. Telur 50 bijik. Belum part tak tido malam mengerjakan cake ni, sbb tapak dia tu asistant(read: laki aku) baru buat malam tu, malam tu la nak mengergaji papan, nak bungkus papan guna alumunium foil bagai..

Anyway, cake ni disuruh buat menggunakan tepung segera yang tak segera mana.

Aku diberi 20 bungkus tepung segera ni. IT TURN OUT TEPUNG SEGERA NI TAK LAH SEGERA mana, Aku lebih suka guna my owm recepi.

Apa yang tak segera tentang tepung cake nih?? Aku pernah juga guna tepung segera sebelum nih which i only need to add oil/melted butter, telur and air. Dan campak semua sekali dengan tepung dalam bowl, kacau dan siap. Tu definisi segera bagi aku.

Tapi tepung ni dalam pek tu ada 3 pek lagi, gula, tepung dan serbuk koko.

Dah tu, cara nak buat pon tak segera sbb korang kena buat mcm kek yang tak segera, beat sugar and butter, masukkan telur satu satu, masukkan tepung dan selang seli air.

Yang segera pasal tepung ni hanyalah korang tak payah dah measure bahan2. Tu je. SUmpah tak segera!

Pastu, taste wise... ehemmmm, aku rasa tak sedap. Devil food cake dan American choc cake lagi sedap dan texture lebih moist dan smooth dan lembut.

So, aku tak galakkan korang beli tepung yang SEGERA sangat nih.

Berbalik pada cake, it made out of jigsaw puzzle of cakes. Kena cantum2 uolls.. Since oven tu tak muat nak bakar besar2 gabak gituuu.. Dan memmikirkan if aku bakar besar2 gabak gitu cemana pulak nak terbalikkan cake tu kannnnn??

so, it made from 12inch cake.


Thats why it takes 1 whole night to finish baking and decorating this cake.

So jadi lah cake giant seperti inihh:



Alhamdulillah rezeki lepas raya orang nak bagi.

ANNOUNCEMENT: I'm having extra 'Jem nenas' for tart gulung. So aku open order untuk tat gulung. This one freshly made this week sbb siapkan order orang lepas raya. Tak banyak untuk 5 balang only. Harga RM23.

Sms ; 0177703251
email : ilotshikamaru@gmail.com

Wednesday, September 7, 2011

Macaron penyek.


Dah lama sangat tak buat macaron jadila macaron penyek mcm nih.. Dah lupa stroke boleh gitu?? Jahanam order orang.

Tunggu 2 jam, bakar nasib baik ada 'kaki'.

Nak bagitau, ilots kitchen now registered under name of ILOTS KITCHEN, registration no 002066643-M.

Bye...!

Monday, September 5, 2011

kek bulan puasa.

Maaf ye dah lama tak update blog nih. Bulan puasa busy dgn kuih raya nak jenguk blog pon tak sempat.

So, ni adalah order masa puasa yang sempat nak dibuat. Order2 lain terpaksa ku tolak sebab kuih raya banyak nak kena buat. Alhamdulillah rezeki.


Ni orange butter cake with orange buttercream icing. From officemate untuk birthday anak perempuan dia. Mula2 nak print edible sendiri tapi kedai yang selalu print edible tu tak buat untuk bulan puasa. So beli siap sajork. Nasib baik konsep sama, hello kitty.



Ini order dari officemate juga untuk birthday sweet 16 anak dia.
10' red velvet with cream cheese frosting and buttercream deco.

Order2 selepas raya will be coming soon.

ANNOUNCEMENT !

choc chip and almond london also available all years, price selepas raya adalah RM24 per bottle.

Kuih2 lain bergantung pada kerajinan.

Thankss!!!