Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Macaron, cream puff and plain cupcake - Resepi creampuff

Macaron ni flavour campur2, sebab aku malas nak simpan2 lebih nya takde sapa pon makan jadi aku bagi semua yang jadi. Alhamdulillah cuaca panas sesuai untuk macaron.

Flavour peanut butter, chocolate and blueberry.


Plain cupcake order by Ziana. DIa nak 20 je tapi sebab aku malas jugak nak simpan lebih2 tu aku kasik semua.

Juga cream puff order by Ziana.


Meh akak nak share resepi creampuff yang senang nak buat:

Resepi amek dalam buku DESSERT dan juga dari kitchenguardian blog.


Filling (boleh buat sehari awal simpan dalam fridge)

400ml fresh milk
3 egg yolks
1/2 cup (ikut citarasa masing2)
2 tbsp all purpose flour -tepung gandum lah!
1 1/2 tbsp corn flour
Vanilla bean/essence

Semua bahan2 di atas masuk dalam periuk. Kacau bagi sebati. Bukak api perlahan/medium. Masak sampai likat. Bila dia dah meletop-letop tu tandanya dah masak.
tutup api, masukkan 2 tbsp butter dan kabau sebati


Cream Puff:

Panaskan oven 190 c

1/2 cup water
1/2 cup freash milk
8 tbsp butter
pinch of salt

Masak semua bahan di atas api perlahan/medium sampai keluar bubble. Kacau2 sikit. Pastu terus masukkan 1 cup flour( 1 cwn tepung).
Kacau cepat sampai dia jadi dalam bentuk bola. Maksudnya sampai bahan2 tu sebati. Tengok kat bawah periuk tu akak jadi satu lapis nipis tepung. Tutup api. Tukar ke whisk bowl adunan tadi. Biar dia sejuk selama 10-15 minit.

Bila dan sejuk, guna whisker atau mixer, sediakan 4 biji telur. Masukkan satu dan whisk, masukkan satu demi satu dan whisk sampai sebati.

selamat mencuba!

Sunday, July 31, 2011

Recipe : American Choc Cake

Sorry Anna, akak malas nak type kat henpon. So buat entry kat sini lagi senang.

1/2 cup butter - room temperature
1 1/2 cup castor sugar

2 eggs(L)
1 cup milk
1 cup coffee or water

Dry Ingredient (sift all together):
3/4 cup cocoa powder
2 cup cake flour (superfined Flour)
1 tsp baking powder
2 tsp baking soda

Beat sugar and butter until pluffy. Add in egg one by one. Add sifted ingredient alternately with milk and coffee.

bake at 180 c for 20-30 minute.

Senang kan??? untuk lagi sedap, add in walnut.

Byeee

Sunday, July 17, 2011

Red velvet and macaron

3 layer red velvet cake order byy Liza from puchong.

Also a box of macaron. Tapi sebab mac tu ter'gergasi' sikit, terpaksa letak in 2 box. Ada terpointy sikit sebab ikut teori 'orang' sangat kannnnn???


Also 2 layer red velvet i baked for potluck makan2 sebelum raya kat rumah Abg bob. Dengan laksa johor sekali.

Kitorang sampai last dalam pukul 3. Sampai sana orang makan laksa johor ku semua dok sibuk tanya resepi.

Ada yang tanya, 'pakai udang kering tak?'
'Letak ikan kurau tak?'
'Rempah, bunga lawang letak?'
'Guna kari apa?'

Wah...sungguh banyak soalan gitteww.... akak nan ado letak benda2 pelik tu ye.. Tapi mak akak masak laksa johor dia suka letakdaging cincang.

So, meh sini resepi Laksa Johor.

1 kg ikan kembung/sardin/selar **rebus dan buang tulang dan blend isi dia. Air rebusan jangan buang.

3 paket kari babas
2 santan kotak
3 asam keping

1 1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih *
halia.*
bahan '*' blend halus atau tumbuk.

tumis bahan blend bawang tu semua bersama 2 batang serai yang diketuk.
Dah naik bau masukkan kari yang sudah dicampur dengan air seperti pes. Kacau rata.

Masukkan isi ikan kembung. Kacau rata masukkan air rebusan sedikit. Masukkan asam keping. Masukkan santan. Last skali masukkan daun kesum.

Untuk mee, rebus linguine. Aku tak suka guna spageti sebab keras.

Bahan2 untuk salad, potong kacang panjang, timun halus2. Letak la togeh ke daun salam ke suka hati korang.

Makan bersama sambal belacan.

Selamat mencuba!

Saturday, April 23, 2011

Step by step macaron


Cuaca panas sesuai untuk baking macaron. So here goes the recipe:

RED VELVET MACARON RECIPE:

3 large eggwhite or 90 gram egg white > separated earlier. At least 12 hours. Keep aside in room temperature. If you want to keep it more than 24 hours. Keep it refrigerated. Once nak guna keluarkan and biarkan dalam room temperature.



A
30 gram granulated sugar.
Red Coloring - Awas! if you're using cheap coloring just put a little of it, else you'll end up with bitter after taste. I use Christmas red color from Wilton.

B
200g icing sugar
110 almond powder > if whole almond or almond nib, grind it in food processor or grinder. I use almond nib since almond powder yang beli kat kedai pon still not 'POWDERED' enough.
1 table spoon cocoa powder

HOW TO:

Using mixer, kalau korang gigih nak guna tangan pon boleh. Nantii boleh dapat muscle. Hehe..


Whisk telur putih tu dengan speed paling laju. Bila dah jadi white foam, masukkan granulated sugar sikit demi sedikit, lebih kurang dalam 4 atau 5 kali. Whisk until it becoming it produce shiny meringue.

At this point, add in coloring and whisk again.

To check, take spatula, scoop a little bit of the meringue, if it not fall from the spatula then you are good to go. For extreme checking, terbalikkan mangkuk tu, kalau tak jatuh tu dah ok la maksudnya.

Untuk bahan2 B, shifted together. There might be some almond yang tak halus lagi after grinding, grind lagi sampai halus semuanya.

If not you'll end up with lumpy texture of macaron. Nanti tak chantek.

Pour in all the dry ingredient(B) into the meringue. Fold in. THIS IS IMPORTANT. DO not folding in MORE than 50 stroke. Kacau dalam 20 to 30 kali sahaja. Until it becoming like this:

Using rounding tip. Masukkan mixture dalam piping bag. Aku guna yang plastic je.

Pipe kan atas dulang beralas parchment paper, or i used yang mcm kain nih. Boleh basuh. Tak tau nama dia apa, tapi semeter RM10. Available at bakery shop.
Or else much better if you use silicon sheet. Easy to remove the cook macaron from the sheet.


Wait until it flatten on its own.

At this point, panaskan oven 140 degree.

Let the macaron shell skin to form for another 30 minutes or 1 hour sebelum masukkan dalam oven.

After one hour, masukkan dalam oven. Bake for 30-35 minutes. Depending on type of oven.


Kalau macaron korang tumbuh kaki mcm kat atas nih, korang boleh melompat kegembiraan sebab macaron korang jadik. Kalau korang guna alas mcm aku nih, tunggu sejuk baru remove from sheet. Ada macaron yang degil tuh, guna pisau.

Ok Next! Macaron Filling.

Since I'm out of egg. So I'm using ganache filling:

Using double boiling, pour in 200g chocolate with 100ml cream. Cook until all the chocolate melted. Let it cool.

Once cool, pipe the filling kat tapak macaron.

Kawen kan dia dengan macaron shell yang sama size.

So, dah jadila macaron korang...

Dah siap semua, masukkan dalm fridge. Let it cool baru makan. Ok.


Sape nak beli macaron. Bulan depan aku jual.

Selamat Mencuba!