Sunday, October 30, 2011

Macaron

Cantik tak kotak?

Red Velvet!!






Punyala pemalas nak update!

Dari atas cuppies order untuk Shilla, Kek 8' untuk Rini yang tinggal dekat dengan umah akak, kek 9' untuk sharil sebelum beliau berangkat ke UK.
Dan juga birthday cake untuk kak Ina.

Lain2 order red velvet aku dah malas nak amek gambar... **larikkk!

2 biji 8' order dari kak ita, officemate fiza. Dan juga cupcake order dari Zu (puchong)

Terima kasih semua. Dan terima kasih kerana berpuashati dengan Kek Red velvet ilot's kitchen.

p/s : Esok kalau rajin aku upload resepi cream puff, choc chip dan juga puding caramel.

Friday, October 21, 2011

Chocolate indulgence cupcake dan lain2.

Wah...padahal ada order2 lain lagi tak letak dok letak order hari ini dulu..

So, chocolate cupcake with dark chocolate topping.. So rich!




Nutella ciskek. Semua orang kata sedap! Aku tak makan sebab tak suka ciskek.

Cream Puff orang dok tanya2 harga sebab diorang suka. Tapi ehemmm... tak tau nak letak harga lagi. Akan ku pikirkan dulu.



American choc cake with choc and cream cheese filling, order dari jade.
Sangatlah disaster kek nih punya decoration.. Ampunnn!!

Wednesday, October 19, 2011

Resepi : Portugese egg tart



Super duper easy recipe!!

Pastry:

express puff pastry or rolled puff pastry.
Kalau nak buat sendiri silakan. Aku tak koser nak melipat2...

Kalau korang beli jenama kawan tu dia tebal sikit. So canai doh lebih kurang 5mm. Sebelum canai tu tabur tepung dulu kat papan pencanai tu kan takut melekat. Lepas tu gulung pastry tu. Lebih kurang sama mcm buat karipap pusing stepnya. Potong doh yang dah digulung tu lebih kurang 5 cm. Canai nipis dalam 5mm. Jangan tebal sangat nanti bila bakar dia kembang. Masukkan dalam muffin pan. Kalau rajin potong sis tepi dia kasik cantik. Tapi membazir la pulak sebab lebihan tu bukan boleh guna balik.


Filling:

3 biji telur kuning. 1/4 cup gula. 1/3 cup cream. 1/3 cup milk

Pukul sikit telur dan gula sampai hancur. Tak payah pukul beriya. Pukul bagi hancur sahaja. Masukka cream dan milk, kacau sebati. Tapis.

Masukkan filling dalam pastry tadi. Bakar dalam oven 180c selama 25 min. Bergantung kepada oven masing2.