Showing posts with label Macaron. Show all posts
Showing posts with label Macaron. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

10th birthday and macaron!

Cake nih order dari Kak Ita iris lagik untuk birthday ke 10 anaknya.
Dia request nak tema biru putih.

Tak centre rupanya kek aku. Layer of choc and vanilla cake. Filling with cookies buttercream. cover with buttercream.




Thanks Kak ita!

Also macaron untuk kak zi. Yang putih cream cheese, pink- hazelnut. Bersepah aku susun.



Ada lagi nak update tapi nantilah. Aku nak bagi resepi vanilla cupcake yang sedap dan senang nak mati buat. Dengan caramel cookies buttercream.

Yang ni Kak zi kata 'sedap sangat!'

Later!

Tuesday, January 10, 2012

Macaron, cream puff and plain cupcake - Resepi creampuff

Macaron ni flavour campur2, sebab aku malas nak simpan2 lebih nya takde sapa pon makan jadi aku bagi semua yang jadi. Alhamdulillah cuaca panas sesuai untuk macaron.

Flavour peanut butter, chocolate and blueberry.


Plain cupcake order by Ziana. DIa nak 20 je tapi sebab aku malas jugak nak simpan lebih2 tu aku kasik semua.

Juga cream puff order by Ziana.


Meh akak nak share resepi creampuff yang senang nak buat:

Resepi amek dalam buku DESSERT dan juga dari kitchenguardian blog.


Filling (boleh buat sehari awal simpan dalam fridge)

400ml fresh milk
3 egg yolks
1/2 cup (ikut citarasa masing2)
2 tbsp all purpose flour -tepung gandum lah!
1 1/2 tbsp corn flour
Vanilla bean/essence

Semua bahan2 di atas masuk dalam periuk. Kacau bagi sebati. Bukak api perlahan/medium. Masak sampai likat. Bila dia dah meletop-letop tu tandanya dah masak.
tutup api, masukkan 2 tbsp butter dan kabau sebati


Cream Puff:

Panaskan oven 190 c

1/2 cup water
1/2 cup freash milk
8 tbsp butter
pinch of salt

Masak semua bahan di atas api perlahan/medium sampai keluar bubble. Kacau2 sikit. Pastu terus masukkan 1 cup flour( 1 cwn tepung).
Kacau cepat sampai dia jadi dalam bentuk bola. Maksudnya sampai bahan2 tu sebati. Tengok kat bawah periuk tu akak jadi satu lapis nipis tepung. Tutup api. Tukar ke whisk bowl adunan tadi. Biar dia sejuk selama 10-15 minit.

Bila dan sejuk, guna whisker atau mixer, sediakan 4 biji telur. Masukkan satu dan whisk, masukkan satu demi satu dan whisk sampai sebati.

selamat mencuba!

Thursday, November 17, 2011

Jumaat yang berkat.







So ni beberapa order hari nih.

8' Red velvet dan 60 pcs cream puff order from kak Ieta opis bawah ni ha.. Thanks lagik skali kak Ieta!!






Another order, from shilla. Macaron and 10' red velvet. Thanks banyak2!!

Tuesday, November 15, 2011

Order last week.

Eh, ni kek lapis prune bukan orang order tapi buat sendiri untuk raya haji. Sedap resepi nih. Curik dari blog kak rima singapore ittew. Buat half recipe saja sebab taknak bazirkan telur. Guna 20 biji telur kuning untuk separuh resepi.



Cream Puff order dari kak ita. Thanks uollss!! Jumaat ni dia order lagi cream puff nih. Sorry ye, mood sangat malas nak upload recipe dalam nih.



Macaron. Mujur last week cuaca sedikit panas, makan jadi la macaron nih. Alhamdulillah yang order pon suka. Filling blueberry (pink) and vanilla hazelnut(white)



Oreo cheese cake yang dalam masa sejam licin letak kat office. Thanks order kak Fudzah!

Ada lagi order cookies yang malas nak letak disini.

Untuk Macaron dan cookies kena tunggu Mood ok baru buat alrite. Macaron kena tunggu cuaca panas. Sebab ni french macaron ye bukan italian. Akak suka french version dari italian.

Bye!!

Sunday, October 30, 2011

Macaron

Cantik tak kotak?

Wednesday, September 28, 2011

Order lapuk.

Maaf lama tak update. Maklumlah laptop rosak nak transfer gambar tak boleh. Ni pun gambar yang di email kan oleh cd owner.

1, New cake in the house. Peanut butter cake with peanut butter cream.


2. New!!! Cream puff. Ask for promotion price!!

***abaikan background bersepah ***salahkan Pahat!

3. Red Velvet swirl cupcake hanya ilot yang mampu...***larikkkk!!



4. Macaron

5. Kek besarrrrr punya!!

Chocolate cake with chocolate icing untuk majlis hari raya UMNO.

ada lagi tapi tak sempat transfer. Tunggu yah!

Thursday, September 15, 2011

American Choc cake maniac!



From top : Order hari khamis. 4 bottles of choc chip (ada lagi order tak sempat siapkan), 3 tat gulung, 9' american choc cake, 11' american choc cake.

tengah : 11' america choc cake decorated with fondant.
Sebenarnya aku gatal tangan decorate. Padahal customer mintak kek salut choc ganache dan tulis selamat hari raya.

bawah : kek saja bawak untuk jamuan hari raya opis.

I have another 100 macaron to bake. Semalam dah doa2 hari ni jangan la hujan. Kalau hujan musnahlah harapan.

Wednesday, September 7, 2011

Macaron penyek.


Dah lama sangat tak buat macaron jadila macaron penyek mcm nih.. Dah lupa stroke boleh gitu?? Jahanam order orang.

Tunggu 2 jam, bakar nasib baik ada 'kaki'.

Nak bagitau, ilots kitchen now registered under name of ILOTS KITCHEN, registration no 002066643-M.

Bye...!

Friday, July 22, 2011

Order 23/7/11






Ni semua order untuk esok pagi. Baru siap baking semua.


100 biji choc chip muffin. Thanks As!!
Muffin sungguh mencabar, bila dah siap 3 1/2 adunan, tiba2 kira2 tak cukup 4 biji pulak... Terpaksa la bancuh lagi. Nasib baik muffin senang je nak buat.



10 inch, 2 layer red velvet. Terbuat besar pulak. Tapi xpe lah. Thanks Aida!. Aida juga order 1 boxx macaron di bawah.



1 box macaron and red velvet cup cakes order by Madam Kher... gituuuuu.. Thanks!!

Ha... itu sahaja untuk esok. Esok ada lagi ye.....

Sunday, July 17, 2011

Red velvet and macaron

3 layer red velvet cake order byy Liza from puchong.

Also a box of macaron. Tapi sebab mac tu ter'gergasi' sikit, terpaksa letak in 2 box. Ada terpointy sikit sebab ikut teori 'orang' sangat kannnnn???


Also 2 layer red velvet i baked for potluck makan2 sebelum raya kat rumah Abg bob. Dengan laksa johor sekali.

Kitorang sampai last dalam pukul 3. Sampai sana orang makan laksa johor ku semua dok sibuk tanya resepi.

Ada yang tanya, 'pakai udang kering tak?'
'Letak ikan kurau tak?'
'Rempah, bunga lawang letak?'
'Guna kari apa?'

Wah...sungguh banyak soalan gitteww.... akak nan ado letak benda2 pelik tu ye.. Tapi mak akak masak laksa johor dia suka letakdaging cincang.

So, meh sini resepi Laksa Johor.

1 kg ikan kembung/sardin/selar **rebus dan buang tulang dan blend isi dia. Air rebusan jangan buang.

3 paket kari babas
2 santan kotak
3 asam keping

1 1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih *
halia.*
bahan '*' blend halus atau tumbuk.

tumis bahan blend bawang tu semua bersama 2 batang serai yang diketuk.
Dah naik bau masukkan kari yang sudah dicampur dengan air seperti pes. Kacau rata.

Masukkan isi ikan kembung. Kacau rata masukkan air rebusan sedikit. Masukkan asam keping. Masukkan santan. Last skali masukkan daun kesum.

Untuk mee, rebus linguine. Aku tak suka guna spageti sebab keras.

Bahan2 untuk salad, potong kacang panjang, timun halus2. Letak la togeh ke daun salam ke suka hati korang.

Makan bersama sambal belacan.

Selamat mencuba!

Wednesday, July 13, 2011

Kuih raya before raya dan macaron

Part of kuih raya order last week, ada banyak tapi tak sempat amek gambar dah kepenatan.
Almond London = RM21/50
Tat gulung = RM21/50
Cheese Button = RM22/50 (M), RM22/60(S)
Choc Chip = RM22 percontainer (contain more than 100)



Sweet macaron. Cream cheese and hazelnut filling. RM30 per box (24-28 pcs-depend on size)

Tuesday, June 7, 2011

Macaron for wedding Favour and Red Velvet.

Last week, is very hectic week for me. Kena siapkan 600pcs macaron (total of 300 packs). So pictures ...........................


Macaron shell . Yellow and chocolate flavour.


Macaron in pack of two.

Also red velvet cakes ordered by Farhana for her husband birthday. Thanks!!


So in total.

Thanks Lyd for the macarons order.

Untuk Macaron order for more than 100 packs, sms/email me for price!!