Sunday, November 27, 2011

Full of chocolate!


Anniversary cake 8' american choc cake fill with choc ganache covered with cream cheese and choc ganache. Repeat order from Kak ita iris. Thanks!


Choc cupcake with choc topping


Cheese Brownies. 11'. Yummie!!


Cupcake for my cousin wedding.

Thursday, November 17, 2011

Jumaat yang berkat.







So ni beberapa order hari nih.

8' Red velvet dan 60 pcs cream puff order from kak Ieta opis bawah ni ha.. Thanks lagik skali kak Ieta!!






Another order, from shilla. Macaron and 10' red velvet. Thanks banyak2!!

Tuesday, November 15, 2011

Order last week.

Eh, ni kek lapis prune bukan orang order tapi buat sendiri untuk raya haji. Sedap resepi nih. Curik dari blog kak rima singapore ittew. Buat half recipe saja sebab taknak bazirkan telur. Guna 20 biji telur kuning untuk separuh resepi.



Cream Puff order dari kak ita. Thanks uollss!! Jumaat ni dia order lagi cream puff nih. Sorry ye, mood sangat malas nak upload recipe dalam nih.



Macaron. Mujur last week cuaca sedikit panas, makan jadi la macaron nih. Alhamdulillah yang order pon suka. Filling blueberry (pink) and vanilla hazelnut(white)



Oreo cheese cake yang dalam masa sejam licin letak kat office. Thanks order kak Fudzah!

Ada lagi order cookies yang malas nak letak disini.

Untuk Macaron dan cookies kena tunggu Mood ok baru buat alrite. Macaron kena tunggu cuaca panas. Sebab ni french macaron ye bukan italian. Akak suka french version dari italian.

Bye!!

Wednesday, November 2, 2011

Resepi : Creme caramel puding



Resepi amek dari buku : 60 heavenly dessert.

Tak hanyir. Sedap dan texture dia smooth!!

Ni resepi version translated dan ada sikit aku ubah tang telur tuh.

Resepi ni untuk loyang atau aku guna pyrex saiz 6'. Pastikan korang guna yang boleh dibakar kang tak pasal2 pecah kaca tu..

Panaskan oven 160 c

Untuk caramel sos:

100g gula
1 tbsb air atau lebih.

Masak gula dan air sampai jadi caramel (coklat). JANGAN SESEKALI KACAU!! Biar kan je dia tenggek atas api tu (medium heat). Bila dah jadi caramel tu just goyang2 sikit periuk tu dan cepat2 transfer dalam pyrex korang. Biar dia keras dan ketepikan.

Untuk Puding :

2 telur (saiz A)
2 telur kuning (A)
half vanilla bean/pot or essence (guna vanilla bean lagi sedap dan wangi)
1 cup fresh milk
1/2 cup cream (emborg ke pauls ke anchor ke.. -aku suka guna anchor sebab murah sket)
50g gula.


Masak cream, susu dan vanila sampai dia berbuih atas api medium. Bila dah berbuih tutup api dan cover periuk tu. Rehatkan selama 3 4 minit.

Sementara cream tu di rehatkan. Pukul telur dan telur kuning sampai smooth dan creamy. Senang citer sampai dia berbuih2 tu. Masukkan adunan cream dalam tu. Pukul bagi adunan rata.

Pastu tapis adunan tersebut dan masukkan dalam pyrex yang berisi caramel tadi.

Tutup pyrex tu dengan alumunium foil.

Amek loyang yang kebih besar dari pyrek korang tu isi air panas lebih kurang tinggi 1 inci. Masukkan pyrek dari dalam loyang tu, dan bakar dalam oven selama 40-45 minit bergantung pada oven. Kalau cucuk dengan lidi dia keluar bersih tu maksudnya dah masak la tu.


Caamel sos: