Sunday, December 2, 2012

Snowy Cheese Cake Recipe


Sorry ya, aku pon gugle. Tapi adela benda aku pandai2 tambah sendiri nk bagi sedap konon2..

Lepas tu mintak mahap la kepada pemilik resepi. Aku memang lupa kat link mana aku amek sebab main google pastu tulis jah. Maaf..maaf..

So inilah resepinya:

Sponge cake

6 biji telur gred A. (2 biji buang telur putih). Maksudnya 4 biji telur, 2 biji telur kuning.
100g gula castor
100g superfine flour
60g tpg jagung
50g fresh milk
1 tsp baking powder
2 tbsp ovalet
2 sachet instant coffee

Bahan2 ni campak dalam mangkuk pastu putar sampai sebati. Pastu masukkan 75g mentega cair atau minyak pon boleh. Putar lagi sampai gebu.

Masuk dalam loyang 9 inci. Bakar pada suhu 180 c atau 170 c tengok la oven kau cemana. Selama 45 menet.

Macam ni la rupa before masak.



Selepas masak jadi rupa ni. Biar dia sejuk dulu baru frosting.



Cream Cheese Frosting

500g cream cheese
1 tin susu sejat
100g butter

Putar semua sampai sebati.

Setelah difrosting jadi la seperti ini




 Lepas tu hias dengan parutan cheddar cheese.


Tadaaaa!!... Semua org kat opis akak suka cake ni sebab cake tu tak berapa manis dan frosting dia berlemak gituu... Awas kalau nak diet!

Kalau malas nak buat, harga kek ini untuk 9inci ini adelah rm65.

No comments: