Saturday, April 18, 2009

Basic Baked Cheese Cake

Resepi untuk Basic Cheese cake (jenis baked)

BASE:

200g digestive biscuit (di kisar halus) bersama 1 sudu brown sugar
20g melted magerine or butter

Kacau, melted butter bersama digestive biscuit sampai sebati. Nak guna tangan pun boleh.
Letakkan ke dalam loyang berdiameter 7inci. Ratakan dan tekan sedikit. Simpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit sehingga sejuk dan keras.

BAHAGIAN ATAS:

500g cream cheese
1/4 cup gula castor
2 biji telur

Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke atas loyang yang berisi BASE tadi.

Bakar dalam oven 175 c, selama 30 minit. Buka sedikit oven apabila sudah masak dan biar didalam oven sehingga sejuk. Kemudian simpan didalam peti sejuk 4-5 jam sebelum potong.

Senang kan??

No comments: