Sunday, March 20, 2011
Roti sardin gulung rangup
Bahan2
Sambal sardin
Cara masak :
1 tin sardin AYAM brand. Sardin laintak sedap ye. Potong Bawang besar, putih, halia, cili api.
Tumis bahan2 telah dipotong dalam kuali berisi sedikit minyak. Masukkan lada kering kisar. Tumis sehingga masak. Masukkan sardin yang telah di hancurkan. Masuk sedikit asam jawa atau perah sedikit limau untuk hilangkan bau hanyir. Masukkan garam secukup rasa.
Cara menggulung roti:
Sedikan bahan2 seperti gambar di atas. Sediakan tepung dibancuh bersama air. Seperti dalam cawan gambar diatas.
Roti digiling nipis menggunakan pencanai doh.
Susun inti sardin seperti gambar. Sapu sedikit bancuhan tepung dibahagian atas. Bancuhan tepung bertindak sebagai gam.
Gulung dan ketepikan.
Tepung goreng rangup:
Masukkan sedikit minyak dalam mangkuk. Masukkan kunyit (sebagai coloring) dan juga sedikit garam.
Kemudian, masukkan tepung gandum kedalam mangkuk tersebut.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat batter seperti goreng pisang. Lebih mudah gunakan whisker supaya batter tidak berketul.
Panaskan minyak. Celup roti yang telah digulung kedalam batter. Goreng hingga kuningg.
Batter boleh juga digunakan untuk menggoreng pisang. Serious rangup. Pagi goreng, tengah hari pon rangup lagi.
Ayam ungkep yang menjadi kegilaan ramai..
Ayam ungkep adelah satu satu masakan ayam version orang jawa. Lain2 kawasan jawa lain version ayam ungkep. Ini adelah version kerabat Puan Jamiah (omak den):
separuh ayam di potong kecil.
serai di ketuk.
* kunyit sebesar ibu jari
*3 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
* 1 tsp kecil ketumbar
* 1 tsp jintan manis
* 1 tsp lada hitam
Air asam jawa secukupnya.
Bahan perasa , gula, galam, kicap.
Bahan2 bertanda *ditumbuk halus. Kemudia tumis dalam kuali berisi minyak. Masukkan serai.
Bila naik bau. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masukkan air asam sedikit. Kacau rata masukkan garam.
Masak sehingga ayam empuk. Masukkan sedikit kicap jika perlu.
Sudah jadi. Lepas nih jangan tanya aku 40 kali cemana nak masak ayam ungkep.. Boleh gituu?
p/s : Boleh juga digantikan dengan daging.
separuh ayam di potong kecil.
serai di ketuk.
* kunyit sebesar ibu jari
*3 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
* 1 tsp kecil ketumbar
* 1 tsp jintan manis
* 1 tsp lada hitam
Air asam jawa secukupnya.
Bahan perasa , gula, galam, kicap.
Bahan2 bertanda *ditumbuk halus. Kemudia tumis dalam kuali berisi minyak. Masukkan serai.
Bila naik bau. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masukkan air asam sedikit. Kacau rata masukkan garam.
Masak sehingga ayam empuk. Masukkan sedikit kicap jika perlu.
Sudah jadi. Lepas nih jangan tanya aku 40 kali cemana nak masak ayam ungkep.. Boleh gituu?
p/s : Boleh juga digantikan dengan daging.
Subscribe to:
Posts (Atom)