Sunday, March 20, 2011
Roti sardin gulung rangup
Bahan2
Sambal sardin
Cara masak :
1 tin sardin AYAM brand. Sardin laintak sedap ye. Potong Bawang besar, putih, halia, cili api.
Tumis bahan2 telah dipotong dalam kuali berisi sedikit minyak. Masukkan lada kering kisar. Tumis sehingga masak. Masukkan sardin yang telah di hancurkan. Masuk sedikit asam jawa atau perah sedikit limau untuk hilangkan bau hanyir. Masukkan garam secukup rasa.
Cara menggulung roti:
Sedikan bahan2 seperti gambar di atas. Sediakan tepung dibancuh bersama air. Seperti dalam cawan gambar diatas.
Roti digiling nipis menggunakan pencanai doh.
Susun inti sardin seperti gambar. Sapu sedikit bancuhan tepung dibahagian atas. Bancuhan tepung bertindak sebagai gam.
Gulung dan ketepikan.
Tepung goreng rangup:
Masukkan sedikit minyak dalam mangkuk. Masukkan kunyit (sebagai coloring) dan juga sedikit garam.
Kemudian, masukkan tepung gandum kedalam mangkuk tersebut.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat batter seperti goreng pisang. Lebih mudah gunakan whisker supaya batter tidak berketul.
Panaskan minyak. Celup roti yang telah digulung kedalam batter. Goreng hingga kuningg.
Batter boleh juga digunakan untuk menggoreng pisang. Serious rangup. Pagi goreng, tengah hari pon rangup lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment