Thursday, October 29, 2009

Fruit tart

Okeh.. Resepi Fruit Tart pulak:

Pastry Base:

250g tepung Gandum
125g Butter
75g castor sugar
1 biji telur

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur. Ayak tepung. Masukkan dalam adunan. Uli sehingga sebati. (sampai tak lekat ditangan)
Simpan dalam plastik dan sejukkan dalam fridge at least 30 minit.

Bila sudah sejuk. Gelek adunan tersebut sehingga tebal lebih kurang 5cm. Masukkan dalam acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170c selama 15-20 minit.

Krim Pastry/kanstard:

1/2 liter susu segar suam (suam ye..bukan panas)
1 biji telur
1 biji kuning telur
100g castor sugar
Sedikit esen vanilla

25g tepung kastard
30g tepung jagung

Pukul telur, kuning telur, tepung kastard, tpg jagung, gula dan esen vanila sehingga sebati.
Masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau sehingga rata.
masak atas api perlahan dan sentiasa dikacau sehingga mendidih dan likat.

Kalau terlampau likat, masukkan sedikit air atau susu, sehingga adunan kelihatan seperti krim putar.
Jika terlampau cair, bancuh sedikit tepung kastard bersama sedikit air. Masukkan kedalam adunan krim pastry dan masak sehingga mendidih.

Masukkan krim pastry tersebut kedalam piping bag. Ketepikan.

Cairkan sedikit coklat menggunakan kaedah double boiler (kalau ada ganache lebih, guna ganache pon boleh)
Sapukan sedikit coklat tersebut kedalam pastry yang telah dibakar dan disejukkan tadi.
Paipkan Krim pastry kedalam hingga penuh.

Hiaskan dengan buah-buahan potong seperti, peach, kiwi dan strawberry.

Sila cuba. Gerenti sedap!!

2 comments:

lalilatpunlalilatla said...

k.ilot....
bole ajar buat portugese egg tart x???

monstorious wife said...

portugese tart akak tak pernah try buat lg uolll...nnt lah akak try...